Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Jom Khatam Quran dalam 30 hari!

Assalamualaikum.. H! ingin mengucapkan ramadan al-mubarak buat semua pembaca. Di sini H! ingin berkongsi bagaimana caranya untuk khatam quran dalam masa 30 hari! Tips ini boleh digunakan untuk individu dan berkumpulan. Kita cuma harus disiplin dan tahu bagaimana untuk bahagikan setiap helaian. Inshaa Allah kita akan dapat khatam tepat pada masanya! Kitab Al-Quran di Malaysia secara umumnya mempunyai lebih kurang 600 helaian.  Jika kita bahagikan 600 helaian kepada 30 hari, total helaian akan menjadi 20 helaian sehari. 20 helaian setiap hari bunyinya agak banyak bagi individu bukan? Sekarang kita bahagikan 20 helaian tadi kepada 5 waktu solat: SUBUH -       4 helai ZOHOR -       4 helai ASAR -          4 helai MAGHRIB -  4 helai ISYAK -         4 helai Jika anda ingin menghabiskan Al-Quran  dengan lebih cepat, bacalah 4 helai sebelum solat dan 4 helai setelah solat.  Terdapat pelbagai jenis size dan bentuk Al-Quran sekarang. Jika helaiannya lebih