Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Salam buat HIJABLISTA!

Alhamdulillah.. follower sudah bertambah. Thank you for following. Sekadar informasi, H! dah tambah ruangan chat di bawah page. Rajin-rajinlah share pendapat/cadangan/informasi. 'Sharing is caring' bukan? Lebih senang rasanya untuk berkomunikasi dengan chat. Untuk log masuk, boleh gunakan account twitter/facebook saudari. H! juga mencari 'penulis bersama' untuk menambah post-post menarik buat santapan pembaca. Berminat? Sila emailkan maklumat anda di hijablista@gmail.com Fi Amanillah..

Khas buat mereka yang masih belum terbuka hatinya..

Salam, H! ada terbuka satu blog mengenai perihal berhijab dan terjumpa sebuah cerita yang sangat menyayat hati dan boleh di jadikan pengajaran buat kita semua. Katanya, cerita ini di petik dari laman web iluvislam.com . Mari kita selami maksud di sebalik cerita ini. Bagi mereka yang belum terbuka hatinya bacalah... Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran

Hair loss (keguguran rambut)

Rambut anda gugur disebabkan hijab? Memang ramai 'hijabers' di luar sana yang sering membuat andaian bahawa mereka mengalami keguguran rambut di sebabkan pemakaian hijab. Well think back, Allah takkan menyeru kita untuk melakukan sesuatu yang memudaratkan. Jika hijab boleh menyebabkan anda kehilangan rambut sekalipun, nescaya Allah akan memberi anda ganjaran kerana mengikut perintah-Nya. Seperti yang kita sudah sedia maklum, Islam merupakan agama yang mudah. Tetapi jangan pula ambil mudah tentang aurat ya. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Beginilah, mari kita perbetulkan balik 'assumption' kita terhadap pemakaian hijab. Sebenarnya, pemakaian hijab itu adalah yang terbaik untuk 'MAHKOTA' kita. Malah, ia memberi perlindungan sepenuhnya agar rambut kita tidak terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran yang wujud di sekeliling kita. Jika saudari sekalian mula mengalami keguguran rambut, ia mungkin berpunca daripada faktor kesihatan. Sebagai contoh, perempuan

Video Tutorial by the fashionista!

Ingin mencuba sesuatu yang baru? Kami menyediakan beberapa video tutorial yang berguna bagi mereka yang ingin bermain dengan cara pemakaian fashion hijab yang terbaru. Enjoy girls! :) Maysaa Hana Tajima style *credit to ikanpaos Turban style *credit to YUNA! ( JETCIRCLESCARVES ) Nada's Style *credit to Nada FiMiNin on Vimeo . OH WAIT! LOTS AND LOTS OF MORE VIDEOS TO BE SHARED!

Congratulations!

Jika saudari sudah mula memakai hijab, Alhamdulillah.. dan tahniah kami ucapkan kepada saudari! 'WELCOME TO THE CLUB!' :D Bagi mereka yang masih was-was dan risau akan penampilan saudari, kami ada beberapa 'reminder' buat saudari. Mari kita huraikan persoalan yang mungkin pernah terdetik di minda saudari sekalian.  "Tudung jenis mana yang sesuai dengan aku?", "Adakah aku akan nampak lebih tua?" , "Nak dating nanti tak boleh berdua-duaan dah." , "Nampak kolotkah aku nanti?" ,  "Susahnya nanti migraine, rambut basah-basah habis kepam rambut aku!". Haa kesemua persoalan tadi pernah jua hinggap di minda sesiapa sahaja. Persoalan tadi memang sangat 'common' bagi mereka yang baru nak berhijab. Jadi, teruskan membaca untuk persiapan saudari di masa hadapan. Kita semua merupakan hamba Allah. Yang membezakan kita adalah mereka yang taat pada perintah-Nya dan yang tidak.  Kenapa kita perlu menutup aur

SIGNUP FOR FREE!

Berminat untuk join H! community? Mudah saja. Syaratnya adalah semestinya anda menutup aurat. Tujuan 'form' ini adalah untuk H! mengetahui jumlah bilangan yang sudi memberi 'support' kepada kami. 'We'll keep your information safely' InsyaAllah. :) Registration form Join us now to get the latest trend and updates! Fullname * Address * Street Address Address Line 2 City State / Province / Region Postal / Zip Code Antigua and Barbuda Aruba,Bahamas Barbados Belize Canada

Contacts

OFFICIAL SOCIAL MEDIA: @hijablista http://www.facebook.com/hijablista http://hijablista.blogspot.com Sebarang pertanyaan, cadangan atau informasi: hijablista@gmail.com

About us

'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..' HIJA B L ISTA! merupakan satu komuniti bagi para 'hijabers' untuk berkongsi pengalaman, fashion-tips, serta ilmu agama. H! juga menjurus kepada komuniti yang melakukan tidak kira apa jua amal kebajikan dan menggalakkan para remaja muslimah khususnya untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta menggalakkan mereka untuk menutup aurat. H! turut menganjurkan event-event yang berunsur ilmiah serta diselitkan dengan hiburan yang menarik bagi para muslimah. H! diinspirasi oleh blogger-blogger hijab di seluruh dunia. H! turut mempunyai visi dan misi tersendiri dan berharap dapat menghimpunkan para 'hijabers' di Malaysia untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara kita sesama muslimah. Visi Menjadi satu medium dakwah yang memberi impak kepada seluruh muslim di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Misi Mewujudkan satu komuniti yang sihat serta dapat berbakti kepada masyara