Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Hijablista Scarves

Buat pertama kali, H! akan mengeluarkan barangan merchandise sendiri :D Hijablista Scarves will be out soon! bertemakan 'rainbow colors'

We Support W.I.R Campaign!

Mungkin agak terlambat untuk mengetahui tentang kewujudan kempen ini, tetapi H! tetap akan support kempen yang telah dimulakan oleh 'our talented photographer' Sueannajoe Beliau telah menyebarkan kempen ini di blog beliau sendiri. Kempen kesedaran ini sangat bagus kerana dengan zaman yang serba maju lagi canggih ini, memang macam-macam style dos and donts yang kita boleh lihat. Jadi, tak salah kita saling mengingatkan antara satu sama lain bukan? ini merupakan kempen edisi pertama (gmbar di atas) baru-baru ini Sueannajoe ada update mengenai W.I.R yang terbaru. P/s: Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Mana satu kategori anda?

Jenis-Jenis pemakaian Islam

Terdapat pelbagai jenis tudung dan cara pemakaian di negara Arab. Mari kita mengenali jenis-jenis tudung/pemakaian dalam Islam di sana. Gambar di sebelah kanan ini di panggil sebagai Niqab . Niqab atau purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung/jilbab. Niqab sering dipakai di negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan UAE. Ia juga biasa di Pakistan dan sesetengah wanita Muslim di United Kingdom. Niqāb dianggap secara berbeza oleh sekolah-sekolah yang berlainan perundangan Islam itu (madhāhab). Isu itu telah meneruskan membangkitkan perbahasan antara cendekiawan-cendekiawan Islam dan pakar undang-undang kedua-dua dahulu dan sekarang berkenaan samada ia fard (wajib) atau Mustahabb (amat dicadangkan) untuk seorang wanita untuk pakai niqāb. Umat Islam Salafi percaya begitu seorang wanita aurat di depan lelaki tidak berkaitan adalah keseluruhan ba

Headache

H! ada berkongsi mengenai 'Hairloss' pada post yang lalu, dan hari ini, H! akan berkongsi mengenai 'Headache' that might caused by hijab. Pada awal pemakaian hijab, kita mungkin akan mula sakit kepala dan rasa pening. Oleh sebab ini juga ramai yang tidak mahu mengenakan hijab. Hal ini sebenarnya, dapat di elakkan bak kata pepatah inggeris, 'If there's a will, there's a way..' Antara tips-tips yang boleh anda lakukan adalah: 1. Gunakan aromaterapi! Ini adalah seni penyembuhan kuno yang telah digunakan untuk merawat serta mengubati sakit kepala dan stress sejak berkurun-kurun lamanya . Cuba lavender yang dikenali baik untuk menenangkan anda! 2. Manjakan diri dengan urutan Selain mendapatkan ururtan di Spa, di Spa, anda juga boleh melakukannya di rumah. Buat urutan di muka, leher dan bahu. Setelah itu, sediakan limau nipis, potong separuh, dan sapukan pada dahi anda. Kemudian, ambil tuala kecil dan celupkannya ke dalam air suam. Kenakan t

Jom puasa sunat!

Apa itu hari Arafah? credit to http://shafa-marwa.com/ Mungkin ada yang sudah tahu dan barangkali ada juga yang tidak tahu, jadi H! ingin berkongsi. apakah yang di maksudkan dengan hari Arafah? Kenapa kita sunat berpuasa pada hari Arafah? Teruskan Membaca... Hari Arafah adalah hari ke-sembilan Dzulhijjah. Selepas terbit matahari pada hari Arafah, Jemaah haji akan beredar dari Mina menuju ke Arafah untuk melakukan wukuf. Di sunatkan berpuasa pada hari ini bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji kerana fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a ujarnya, Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat mengenai puasa di hari Arafah, Rasulullah pernah bersabda: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim) dan yang paling 'best' sekali adalah.. Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari