Skip to main content

Posts

IFF 2013 (Treasures of The Sea) @ PWTC,KL

IFF 2013 sedang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. IFF kali ini menampilkan designer-designer baru dari Malaysia dan negara seberang. H! akan update gambar sekitar IFF berlangsung... Hubungi mereka jika berminat  untuk hadir  03 4256 8063 (Fatimah)  atau email amaedm@gmail.com RM100/seat

Panty Line terserlah OH TIDAK!

Pernah terlihat sesuatu seperti ini? Ya, H! pasti anda pernah. Sebagai seorang Muslimah, kita seharusnya mengelakkan perkara ini berlaku daripada di pandang serong oleh masyarakat terutamanya golongan lelaki. Pada pandangan H!, bagi muslimah yang bekerja di pejabat, mereka harus kelihatan kemas dan mereka sering kali akan tucked-in baju mereka. Selain itu, penggemar Maxi-Dress juga akan sering dibelenggu oleh masalah ini. Oleh itu, H! akan kongsikan tips undergarment yang sesuai untukmu! Panty Style Guide Which panty offers the best fit for you? Search every style from A to V-string in our fit guide. V-string A minimalist's favorite Offers the least coverage of any panty fit Virtually invisible under clothes Thong A sexy little no-show Offers a hint more coverage than a v-string Provides a no-show look even under the most revealing fashions Cheeky A little panty with lots of cheek peek More back coverage than a thong but less than a bikini The p...

SHEIKHA MUSLIMAH FASHION BAZAAR @ PUBLIKA JUNE 2013

Sheikha Hub akan mengadakan bazar fesyen muslimah, ‘Sheikha Muslimah Fashion Bazaar’, sempena majlis pelancaran Sheika Hub yang akan dilangsungkan pada 29hb dan 30hb Jun 2013 di ‘THE BOULEVARD', Pusat Membeli-belah Publika, Solaris Dutamas, dari pukul 10am sehingga 9pm.  Bazar fesyen muslimah juga akan diiringi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti:  1) Tutorial cara memakai hijab 2) Persembahan- persembahan menarik 3) Pertunjukan fesyen yang akan digayakan oleh 10 finalis dari pertandingan pencarian model Sheikha (Sheikha Model Search 2013) 4) Dan juga, pengumuman pemenang utama pertandingan ‘Sheikha Model Search 2013’ Jangan lupa tandakan 29hb dan 30hb Jun 2013 dalam kalendar anda dan jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut mengenai bazar fesyen Sheikha, sila emel kepada info@sheikhahub.com atau sheikhahub@gmail.com. Layari laman web Sheikha-  www.sheikhahub.com  - hari ini!

Sepetang Bersama Dian Pelangi & Lulu Elhasbu 2013

Assalamualaikum.. Maaf, baru sekarang H! berkesempatan untuk update event "High-tea bersama Dian Pelangi" (6 MAR 2013) dan  "Sepetang Bersama Dian Pelangi & Lulu Elhasbu" (7 MAR 2013). Dua event yang berbeza, dua hari yang berbeza. H! sangat berbangga dapat menghadiri dua majlis yang sangat intimate ini. H! difahamkan kedua-dua event tersebut diadakan untuk menyambut ulang tahun Dian Pelangi Malaysia yang pertama. Tahniah buat team DP Malaysia! Kami juga dapat mengenali orang kuat DP Malaysia iaitu Puan Kathy dan Datin Ana Zakaria. Kedua-duanya sangat anggun dan sangat humble! Tak lupa juga H! dapat bersuai-kenal dengan Dian Pelangi serta teman baik beliau Lulu Elhasbu. H! sangat terpegun dengan perwatakan dan kecantikan mereka. Sangat indah ciptaan Tuhan :)  "High-tea bersama Dian Pelangi" (6 MAR 2013) Event ini memaparkan koleksi Dian Pelangi (fashion show) yang terbaru. Dihadiri oleh tetamu-tetamu VIP, rakan-rakan serta ahli keluarg...

Inspirasi Pagi Syawal 2013

INSPIRASI DARIPADA 4 PEREKA; RIZALMAN JOVIAN MANDAGIE NURITA HARITH SYOMIR IZWA Jika anda masih buntu untuk mendapatkan ilham fashion untuk syawal akan datang, jangan risau, gambar di bawah pasti akan membantumu untuk improvisasikan fashion yang sopan lagi menawan di pagi raya nanti :) Efek 'glitter' akan membuat si pemakai tampak lebih glamor. Tidak lupa juga 'lace' sedang hangat digunakan oleh pereka-pereka tempatan dan luar negara. 'Floral prints' turut hangat digunakan dan jika anda memilih design nurita harith di bawah, anda masih boleh mengenakan baju itu sebagai blouse (pakaian harian) anda. 

Menstrual Cramp (Senggugut)

Assalamualaikum! Hari ini kita nak berkongsi tips mengenai Senggugut atau 'Period Pain'. Sebelum itu, kita akan kupas sikit mengenai definisi Haid. Haid merupakan pelepasan dinding rahim yang di panggil 'endormetrium' dan disertai dengan pendarahan .  Haid dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengalir. Haid dari segi istilah syarie pula adalah darah yang mengalir pada kaum perempuan dan bersifat semula jadi yang berlaku pada waktu tertentu. Bilakah terjadi Haid? Pada kebiasaannya, haid akan berlaku seawal usia 11 Tahun tetapi pendapat Ad-Darimi mengatakan semua masalah haid adalah berdasarkan kewujudan darah dan bukan disebabkan oleh faktor usia. Haid juga  berterusan sehingga seseorang itu mencapai tempoh Menopause (Putus Haid).  Berapa lamakah tempoh Haid? Tempoh haid dikatakan mengambil masa selama 7 hari sehingga ianya benar-benar habis. Tetapi pendapat Ibnu Mundzir mengatakan ada kelompok yang berpendapat, tempoh haid tu tidak mempu...