Menstrual Cramp (Senggugut)


Assalamualaikum!
Hari ini kita nak berkongsi tips mengenai Senggugut atau 'Period Pain'. Sebelum itu, kita akan kupas sikit mengenai definisi Haid.

Haid merupakan pelepasan dinding rahim yang di panggil 'endormetrium' dan disertai dengan pendarahan

Haid dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengalir.

Haid dari segi istilah syarie pula adalah darah yang mengalir pada kaum perempuan dan bersifat semula jadi yang berlaku pada waktu tertentu.

Bilakah terjadi Haid?
Pada kebiasaannya, haid akan berlaku seawal usia 11 Tahun tetapi pendapat Ad-Darimi mengatakan semua masalah haid adalah berdasarkan kewujudan darah dan bukan disebabkan oleh faktor usia. Haid juga  berterusan sehingga seseorang itu mencapai tempoh Menopause (Putus Haid). 

Berapa lamakah tempoh Haid?
Tempoh haid dikatakan mengambil masa selama 7 hari sehingga ianya benar-benar habis. Tetapi pendapat Ibnu Mundzir mengatakan ada kelompok yang berpendapat, tempoh haid tu tidak mempunyai batas berapa hari minimum ataupun maksimum. Antara dalil yang kuat mengenai penjelasan ini adalah:

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah:222 ;

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka bersuci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang di perintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri."

Baiklah, berbalik kepada topik di atas, Senggugut. 

Apa itu Senggugut?
Istilah perubatan untuk Senggugut dipanggil dysmenorrhea. Senggugut merupakan sakit di bahagian perut dan pelvik semasa kedatangan haid. Sakit senggugut adalah tidak sama seperti 'Premenstrual Syndrone' (PMS) tetapi kedua-duanya boleh menjadi satu proses berlarutan.

Bagaimana terjadinya Sengugut?
Kesakitan (Senggugut) yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium.

Tips menangani Senggugut

1) Rehat serta tidur yang cukup
Bila badan kita letih, kita perlukan tenaga yang secukupnya. Jika senggugut terjadi pada hari minggu atau hari cuti, berehatlah. Sayangilah badan anda.



2) Bersenam
Jogging atau bersiar-siar dapat membantu mengurangkan kesakitan senggugut.


3) Baiki diet
Perbanyakkan sayur-sayuran serta buah-buahan dan tekankan kandungan protein dan serat di dalam diet harian anda. Selain itu, ambil makanan tambahan seperti Vitamin B dan E tetapi di nasihatkan untuk merujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan.



4) Heating Pad (tuam perut)
Cara ini sangat popular bukan? Jika anda tidak mempunyai 'heating pad' di rumah, anda boleh menggantikan dengan botol minuman cuma isikan air suam di dalamnya. Atau, sapukan minyak angin di perut dan kaki. Selain itu, minumlah air suam lebih kerap berbanding air sejuk.



5) Meditasi
Lakukan yoga di rumah dengan hanya melayari laman sesawang 'youtube' dan hidupkan haruman aroma terapi German Chamomile kerana haruman tersebut di percayai dapat mengurangkan senak perut dan PMS. Ia juga berfungsi sebagai anti-pasmodik yang bertindak untuk melegakan otot-otot di sekitar rahim.



6) Berzikir, Istighfar & Selawat
Setelah segala-galanya telah di lakukan untuk mengurangkan kesakitan senggugut, walaupun semasa sedang datang haid, kita juga perlu mengingati Allah. Walaupun kita tak boleh solat dan membaca al-Quran, namun kita boleh berzikir, beristighfar, berselawat, berdoa dan mendengar bacaan Al-Quran.


Begitulah tips-tips bagi mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid. Jika sakit senggugut telah berkurang, lakukanlah amal kebaikan dengan membantu ibumu melakukan kerja rumah, eratkan silaturahim sesama manusia, melakukan kebaikan dengan bersedekah, menjauhi perkara yang sia-sia dan tingkatkan syiar agama dengan mencari ilmu tambahan seperti menghadiri kelas ilmu.

1 comment :

Followers