Skip to main content

Hair loss (keguguran rambut)


Rambut anda gugur disebabkan hijab?



Memang ramai 'hijabers' di luar sana yang sering membuat andaian bahawa mereka mengalami keguguran rambut di sebabkan pemakaian hijab. Well think back, Allah takkan menyeru kita untuk melakukan sesuatu yang memudaratkan. Jika hijab boleh menyebabkan anda kehilangan rambut sekalipun, nescaya Allah akan memberi anda ganjaran kerana mengikut perintah-Nya. Seperti yang kita sudah sedia maklum, Islam merupakan agama yang mudah. Tetapi jangan pula ambil mudah tentang aurat ya. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Beginilah, mari kita perbetulkan balik 'assumption' kita terhadap pemakaian hijab. Sebenarnya, pemakaian hijab itu adalah yang terbaik untuk 'MAHKOTA' kita. Malah, ia memberi perlindungan sepenuhnya agar rambut kita tidak terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran yang wujud di sekeliling kita. Jika saudari sekalian mula mengalami keguguran rambut, ia mungkin berpunca daripada faktor kesihatan. Sebagai contoh, perempuan selepas bersalin akan sering mengalami keguguran rambut sehingga 4 ke 6 bulan lebih-lebih lagi apabila beliau menyusukan anak. Namun, rambut akan kembali tumbuh selepas proses itu. Seterusnya, penyakit seperti tiroid mahupun anemia juga boleh menyebabkan keguguran rambut serta pengambilan ubat-ubatan turut mengundang perkara yang sama. Bagi mereka yang sudah menjangkau usia emas pula, keguguran rambut bukanlah sesuatu yang janggal, ia merupakan proses penuaan semula jadi yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Bukan itu sahaja malah, mengikat rambut dengan terlalu ketat juga memberi tekanan kepada rambut yang boleh menyebabkan mereka senang gugur. Oleh itu, H! ingin berkongsi beberapa tips dengan para 'hijabers' cara untuk mengurangi keguguran rambut.


credit to hijab-scarf

1. Kurangkan tekanan pada rambut
Jangan ikat sanggul anda terlalu tinggi atau ketat. Bagi mereka yang berambut panjang,
ada baiknya jika anda potong rambut anda sekurang-kurangnya pada paras bahu.



2. Pilih material anak tudung (inner scarf) yang sesuai
Pemilihan material juga penting agar ia serap peluh dan jangan terlalu ketat
'until you can't think' bak kata yuna :p



3. Jangan diikat rambut yang basah!
Apabila rambut basah, diikat malah dikepam lagi oleh anak tudung, ia boleh menyebabkan
kelemumur iaitu jangkitan pada kulit kepala. Beri masa pada rambut untuk kering dan bernafas. Gunakan 'hairdryer' jika perlu serta gunakan sikat yang 'bergigi jarang' bagi mereka yang memiliki rambut ikal serta kerinting.



4. Tukar style hijab anda
Macam-macam jenis tudung ada di pasaran kan? Pilihlah yang mudah dan senang disarung tanpa memerlukan anak tudung. 'Less is more!'


5. Pilih shampoo/serum yang sesuai
Jika anda pernah mewarnakan rambut atau nak mewarnakan serta selalu menggunakan alat pengerinting dan 'straightening', lupakan niatmu! Ia tidak lain tidak bukan hanya merosakkan MAHKOTA anda. Oleh itu, pilihlah shampoo yang sesuai dengan kulit kepala anda untuk merawat serta menyuburkan rambut mu.


6. Pulihkan rambutmu!
Siapa kata 'hijabers' tak boleh ke salun? Berhijab atau tidak, kita dituntut untuk menjaga kebersihan diri terutamanya rambut. Pilihlah salun yang mempunyai pekerja wanita dan mempunyai tempat khas bagi mereka yang menutup aurat. Special kan kita? Rawatlah rambutmu dan dapatkan urutan rambut 'special' supaya rambut kita tumbuh dengan lebih sihat.


7. 'Set them free!'
Last but not least, jadikanlah tabiat dikala waktu terluang anda mahupun sebelum
mengambil wudu' untuk membuka anak tudung anda. Berikan rambut anda bernafas dengan baik.



P/s: Moga H! dapat membantu anda dan jangan lupa,
'Prevention is better than cure!'

Comments

Popular posts from this blog