Congratulations!


Jika saudari sudah mula memakai hijab, Alhamdulillah.. dan tahniah kami ucapkan kepada saudari! 'WELCOME TO THE CLUB!' :D Bagi mereka yang masih was-was dan risau akan penampilan saudari, kami ada beberapa 'reminder' buat saudari. Mari kita huraikan persoalan yang mungkin pernah terdetik di minda saudari sekalian. 
"Tudung jenis mana yang sesuai dengan aku?",

"Adakah aku akan nampak lebih tua?",
"Nak dating nanti tak boleh berdua-duaan dah.",

"Nampak kolotkah aku nanti?"
"Susahnya nanti migraine, rambut basah-basah habis kepam rambut aku!".


Haa kesemua persoalan tadi pernah jua hinggap di minda sesiapa sahaja. Persoalan tadi memang sangat 'common' bagi mereka yang baru nak berhijab. Jadi, teruskan membaca untuk persiapan saudari di masa hadapan. Kita semua merupakan hamba Allah. Yang membezakan kita adalah mereka yang taat pada perintah-Nya dan yang tidak. 
Kenapa kita perlu menutup aurat?
Jawapannya sangat mudah. Ia sudah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith. Ianya merupakan perintah Allah. Jadi tidakkah melanggar perintah Allah itu salah? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Allah tidak akan perintahkan sesuatu yang tidak tertanggung bagi hambaNya. Jadi apa yang tertulis di dalam Al-Quran? Terdapat dua ayat yang kuat menceritakan perihal menutup aurat. Pertama, daripada


Surah An-nur ayat 31
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Seterusnya daripada


Surah al-ahzab ayat 59
"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"


Sudah terang lagi bersuluh. Sejak azali lagi kita telah didik bukan daripada ustaz mahupun ustazah, tetapi oleh ibubapa kita sendiri. Ada yang mungkin akan menyalahkan ibubapa mereka dengan melihat pakaian ibubapa mereka pada zaman dahulu. Jawapan mereka akan tetap sama, "Dulu zaman jahiliah, kami kurang didikan agama. Nak ke sekolah pun tidak mampu serta para ulama' tidak seramai sekarang". Ya, memang betul. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan pada zaman yang maju dan serba moden. Lebih-lebih lagi banyak fashion menutup aurat boleh di dapati di laman-laman sesawang pada masa kini. Jadi kita boleh 'refer' kepada laman-laman yang memperolehi info fashion terkini asalkan menetapi hukum yang halal. Jadi apa alasannya lagi untuk tidak menutup aurat? Tepuk dada, tanya hati. Berbalik kepada topik kita, 'why we must keep questioning about wearing a hijab?'. Ianya perkara wajib seperti solat. Jika kita masih ada niat untuk mempersoalkannya ia seumpama kita mempersoalkan 'Kenapa kena percaya pada Tuhan?'. Dengan berhijab ia bukan sahaja simbol kesopanan, malah ia dapat memberikan kita impak yang positif dari segi pemikiran dan memilih keputusan yang betul. Kesopanan itu datang dalam diri seseorang itu, namun si tudung litup juga ada akan kekurangannya. Kita tidak harus 'give up' bagi memperbaiki diri sendiri. Segalanya bermula daripada usaha, walaupun usaha yang sangat kecil, di selangi dengan doa kepadaNya. InsyaAllah.

Al-Kisah:


Pada suatu hari seorang lelaki bukan islam bertanya kpd seorang lelaki muslim..
Lelaki bukan muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?
Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusanya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
Lelaki bukan muslim : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan
Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa. =)


*credit to http://wanmerah.blogspot.com



P/s: 'RESPECT!' Kepada mereka yang sudah bertudung sejak akil baligh lagi. 'Keep it up, and wear them proud!'

1 comment :

Followers