Skip to main content

Headache



H!
ada berkongsi mengenai 'Hairloss' pada post yang lalu, dan hari ini, H! akan berkongsi mengenai 'Headache' that might caused by hijab.
Pada awal pemakaian hijab, kita mungkin akan mula sakit kepala dan rasa pening. Oleh sebab ini juga ramai yang tidak mahu mengenakan hijab. Hal ini sebenarnya, dapat di elakkan bak kata pepatah inggeris, 'If there's a will, there's a way..'
Antara tips-tips yang boleh anda lakukan adalah:

1. Gunakan aromaterapi!
Ini adalah seni penyembuhan kuno yang telah digunakan untuk merawat serta mengubati sakit kepala dan stress sejak berkurun-kurun lamanya.
Cuba lavender yang dikenali baik untuk menenangkan anda!

2. Manjakan diri dengan urutan
Selain mendapatkan ururtan di Spa, di Spa, anda juga boleh melakukannya di rumah. Buat urutan di muka, leher dan bahu. Setelah itu, sediakan limau nipis, potong separuh, dan sapukan pada dahi anda. Kemudian, ambil tuala kecil dan celupkannya ke dalam air suam. Kenakan tuala tadi ke dahi anda ataupun belakang leher untuk beberapa minit

3. 'Honey Foot Bath'
Cara ini juga anda boleh lakukan di rumah tanpa perlu ke Spa.
Letakkan kaki ke dalam tub atau baldi yang diisi dengan air suam dan campurkan air dengan
½ cawan madu tulen. Rendamkan kaki selama 15 minit.

4. Eat more apples!
Tahukan anda? Epal sangat mujarab untuk menyembuhkan segala jenis sakit kepala.
Epal perlu diambil dengan sedikit garam setiap pagi ketika perut kosong.


5. Bacalah...
Cuba lupakan sakit kepala anda dengan membaca. Membaca Al-Quran juga dapat menjadi terapi minda dan jiwa kita. Kadang-kadang, kesakitan itu dapat dikurangkan apabila kita terlibat dengan sesuatu perkara.

6. Malapkan lampu di kamar tidurmu
Malapkan lampu bilik anda dan tenangkan suasana bilik. Cahaya yang terang dan persekitaran yang bising boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk.

7. Peppermint
Jika anda mempunyai teh peppermint di rumah, jangan buang bag teh yang telah digunakan!
Anda boleh meletakkanya pada kelopak mata. Cara ini juga dikatakan mampu mengurangkan 'eyebag' anda. Seterusnya, letakkan sedikit minyak peppermint di tisu, lalu hidulah baunya.


8. Halia
Teh halia bukan sahaja boleh membuang angin, malah ia dapat menyembuhkan sakit kepala sejak kira-kira 2000 sebelum Masihi. Minumlah 2-3 kali sehari.

H! berharap tips-tips ini dapat membantu saudari-saudari.

Selamat Mencuba!


p/s: 'Prevention is better than cure!'

Comments

Popular posts from this blog