Skip to main content

Jenis-Jenis pemakaian Islam

Terdapat pelbagai jenis tudung dan cara pemakaian di negara Arab. Mari kita
mengenali jenis-jenis tudung/pemakaian dalam Islam di sana.

Gambar di sebelah kanan ini di panggil sebagai Niqab. Niqab atau purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung/jilbab. Niqab sering dipakai di negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan UAE. Ia juga biasa di Pakistan dan sesetengah wanita Muslim di United Kingdom. Niqāb dianggap secara berbeza oleh sekolah-sekolah yang berlainan perundangan Islam itu (madhāhab). Isu itu telah meneruskan membangkitkan perbahasan antara cendekiawan-cendekiawan Islam dan pakar undang-undang kedua-dua dahulu dan sekarang berkenaan samada ia fard (wajib) atau Mustahabb (amat dicadangkan) untuk seorang wanita untuk pakai niqāb. Umat Islam Salafi percaya begitu seorang wanita aurat di depan lelaki tidak berkaitan adalah keseluruhan badannya termasuk mukanya dan tangan.


HIJAB secara literal bermaksud 'menutup. Ia menggambarkan diri yang meliputi badan iaitu menggambarkan kesopanan dan
maruah. Tudung ini menutup rambut dan tidak di muka. Pemakaian hijab juga disertai dengan pemakaian yang menutupi hingga ke hujung tangan serta kaki.




JILBAB merupakan sejenis baju panjang yang longgar dan tidak nipis. Digunakan untuk menutupi seluruh badan kecuali tangan, kaki, dan wajah. Ia juga dipanggil sebagai jubah atau caftan yang di pakai oleh orang Turki. Pada asalnya, ia merupakan pakaian lelaki.








AL-AMIRA adalah sejenis hijab yang terdiri daripada dua bahagian. Pada kebiasaanya ia mempunyai penutup kepala yang dipanggil sebagai anak tudung. Pemakaian jenis ini menampakkan anak tudung di bahagian depan kepala.





SHAYLA merupakan tudung segi empat tepat yang popular di wilayah teluk. Ia menutup kepala dan di pinkan dihujung bahu supaya kemas dan menutupi dada. Di Malaysia, ramai yang menggemari cara pemakaian ini.





KHIMAR adalah tudung panjang yang labuh hingga di bahagian pinggang. Ia menutupi kepala, leher dan bahu sepenuhnya tetapi menampakkan muka dengan jelas.








TCHADOR merupakan kain panjang dan lebar. Ia dipakai oleh kebanyakan wanita Iran apabila mereka keluar dari rumah. Ia pada kebiasaanya di pakai dengan tudung di dalam. Ia menutupi seluruh badan sehingga ke paras lutut.







BURQA merupakan pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk muka. Ia mempunyai jejaring di bahagian mata untuk melihat. Dipakai oleh sebahagian Muslim di Afghanistan, Pakistan dan India utara. Sebelum Taliban merebut kekuasaan di Afganistan, pakaian ini jarang dikenakan di kota-kota. Pada masa pemerintahan Taliban, kaum perempuan diwajibkan mengenakan burqa setiap kali mereka tampil di tempat umum. Pakaian ini tidak diwajibkan oleh rejim Afganistan sekarang, tetapi dalam keadaan yang serba tidak pasti saat ini, banyak perempuan yang memilih mengenakan burqa secara rela.




Comments

Popular posts from this blog