Skip to main content

Jom puasa sunat!

Apa itu hari Arafah?


credit to http://shafa-marwa.com/
Mungkin ada yang sudah tahu dan barangkali ada juga yang tidak tahu, jadi H! ingin berkongsi.
apakah yang di maksudkan dengan hari Arafah? Kenapa kita sunat berpuasa pada hari Arafah? Teruskan Membaca...
Hari Arafah adalah hari ke-sembilan Dzulhijjah. Selepas terbit matahari pada hari Arafah, Jemaah haji akan beredar dari Mina menuju ke Arafah untuk melakukan wukuf. Di sunatkan berpuasa pada hari ini bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji kerana fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a ujarnya, Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat mengenai puasa di hari Arafah,

Rasulullah pernah bersabda:
"Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."
(Diriwayat oleh Muslim)

dan yang paling 'best' sekali adalah..

Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Lihat, begitu banyak pahala yang boleh kita perolehi dengan berpuasa pada hari ini.
H! ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para-para haji. Semoga mereka tenang melakukan haji serta selamat pergi dan pulang dan beroleh haji mabrur. InsyaAllah.

Di kesempatan ini,
H! juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Qurban buat semua pembaca!



P/s: Ada juga hadith yang mengatakan dilarang berpuasa bagi jemaah haji.

Comments

Popular posts from this blog